This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

RAHMAT DISEBALIK BENCANA BANJIR BESAR

2ndgirls.blogspot.com - Rahmat Disebalik Bencana Banjir Besar
Rahmat Disebalik Bencana Banjir Besar | KUALA KRAI - Bencana banjir yg menenggelamkan kedai dan pasar raya di bandar ni mempunyai rahmat tersendiri bagi orang ramai apabila berpeluang mendapatkan barangan yg ditenggelami air secara percuma.
Tinjauan di sekitar bandar itu, semalam mendapati pemilik pasar raya dan beberapa kedai melonggokkan barang jualan yg ditenggelami air di hadapan premis mereka untuk dipilih oleh orang ramai.
Biarpun masih disaluti lumpur dan berbau agak busuk, orang ramai tetap tak melepaskan peluang memilih barangan seperti kasut, selipar dan barang makanan yg masih elok.
Seorang pemilik kedai pakaian yg hanya mahu dikenali sebagai Ah Meng mendakwa, dia kerugian lebih RM50,000 apabila kedainya ditenggelami air dlm bencana tersebut.
“Beberapa hari sebelum banjir, saya baru ambil barangan seperti selipar, kasut dan peralatan sukan dari gudang tetapi sekarang, semuanya sudah tak boleh dijual.
“Selain barang jualan, semua peralatan dlm kedai termasuk peralatan elektrik dan perabot jg musnah dan rosak,” katanya ketika ditemui di premisnya, semalam.
Seorang penduduk yg enggan dikenali pula berkata, walaupun masih berlumpur, kasut dan selipar yg diberi secara percuma itu masih elok dan boleh dipakai.
“Kami sekeluarga tinggal sehelai sepinggang akibat banjir tempohari, jadi saya tak lepaskan peluang ambil selipar dan kasut untuk anak-anak,” katanya yg tinggal di Guchil 7, dekat sini.

source : http://google.com, http://dailymotion.com, http://apahell.blogspot.com

0 Response to "RAHMAT DISEBALIK BENCANA BANJIR BESAR"

Post a Comment

Contact

Name

Email *

Message *