This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

Mejijikkan! Kisah Benar Isteri Beri Suami Minum Air Mani & Darah Haid, Isteri Akhirnya Bertukar Menjadi

2ndgirls.blogspot.com - Lama benar saya tak berjumpa dgn Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.



ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untk ke page kami ---> IsuKakiPanas



Eh, makin kurus nampak. Diet ke? kata saya setelah mempersilakannya Duduk.
Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang, balas Arifin.
Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar, Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yg di pakai.
Selepas bertanya itu ni dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yg hendak di sampaikan.
Orang rumah saya sakitlah, ustaz, kata Arifin.
Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa? saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.
Entahlah. katanya perlahan,
Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dgn lepuh macam orang terkena air Panas, kata Arifin.



Mejijikkan! Kisah Benar Isteri Beri Suami Minum Air Mani & Darah Haid, Isteri Akhirnya Bertukar Menjadi

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, tapi ubat yg di beri oleh doktor tak Dapat melegakan penyakitnya.



ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untk ke page kami ---> IsuKakiPanas



Sakit apa, doktor pun tak tau, tambahnya.
Dah pergi berubat kampung?saya bertanya.
Dah, tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak jg sembuh, jelas Arifin.
Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yg langsing menjadi sembab. Wajahnya yg Cantik jg berubah murung, kusut
Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru, tambah Arifin.
Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yg dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.
Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yg datang melawat terkejut kerana hampir tak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untk berhadapan dgn kawan sepejabat.
Memang ada yg bersimpati tapi ada jg yg mengejek. Ramai yg menyindir di belakang, tapi ada jg yg tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.
Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yg lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yg memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yg sama, kuku tangan dan kakinya jg menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.
Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok, kata Arifin. Wajahnya sayu
Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu.
Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan tapi pulang dgn hati kecewa. Doktor di negara itu jg tak dpt mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.
Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden, tambah Arifin.
InsyaAllah. Balas saya.
Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yg diluahkan semasa seseorang yg meracau dpt membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yg terbuku di hati.
Apa yg dia cakap masa meracau tu?
Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu, kata Arifin.
Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untk ke rumah Arifin pd malam esoknya.
Datang ya, ustaz . Saya tunggu, katanya sambil mengangkat punggung.
Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yg dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.
Jemput masuk ustaz, Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.
Dia baring dlm bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit, bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.
Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.
Za. Ni Ustaz Nahrawi datang, kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dgn bintil-bintil yg menggerutu. Matanya terperosok ke dlm manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yg membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.
Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung.
Tak adalah, ustaz. Tanyalah, saya tak kisah, jawab Arifin.
Err, . dari mana datangnya bau yang. soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yg saya maksudkan itu agak busuk.
Ooo. mmm, dari alat sulit dia, kata Arifin perlahan.
Keluar lendir bercampur nanah.
Saya tak memanjangkan lagi topik itu kerana tak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tak manis untk bertanya tentang hal- hal yg seperti itu.
Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa / derhaka kepada ibu / bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.
Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.
Kalau macam tu, baguslah, kata saya.
Setelah merawat Niza dgn doa dan ayat yg dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dgn ujian Allah.
Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh, kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.
Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ni saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.
Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yg bukan-bukan. Malah saya pun tak dikenalinya lagi.
Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi tapi beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ni suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.



ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untk ke page kami ---> IsuKakiPanas



Ustaz, katanya,
Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu
Kenapa?pantas saya bertanya...
Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya. Arifin menyambung ceritanya;
Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dlm makanan saya.
Saya tanya Kenapa?
Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.
Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dgn ilmu hitam.
Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dgn beberapa lelaki.
Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.
Dia minta saya maafkan.Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yg saya beri, racun yg dibalasnya. Patutlah selama ni bila berdepan dgn dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan. Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.
Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.
Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia, kata saya.
Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.
Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.
Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tak dpt disembuhkan lagi. Jadi, pd pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adlh lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.
Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.
Ampunkan dia? Arifin bertanya balik.
Dia dah derhaka dgn saya, buat tak senonoh dgn lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?tingkah Arifin dgn suara yg agak keras.
Mungkin dia terkejut.
Ya. dia pergi dgn aman dan awak pula dpt pahala, jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yg lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adlh lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dgn cara itu Niza akan insaf dan meninggal dgn mudah.
Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dgn hati yg benar-benar ikhlas, jelas saya.
Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.
Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat, kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tak bernyawa lagi.
Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tak sanggup jg rasanya untk membiarkan dia pergi dlm keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.
Tapi demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.
Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dlm memilih isteri, jangan pandang hanya pd rupa.
P/S: Jika anda menyukai artikel ini, sila kongsikan kepada kawan-kawan anda terima kasih. Mohon VIRALKAN Terima kasih.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untk ke page kami ---> IsuKakiPanas

other source : http://stackoverflow.com, http://dailymotion.com, http://isukakipanas.blogspot.com

0 Response to "Mejijikkan! Kisah Benar Isteri Beri Suami Minum Air Mani & Darah Haid, Isteri Akhirnya Bertukar Menjadi"

Post a Comment

Contact

Name

Email *

Message *