This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

Bodoh Pula Bila Ustaz-Ustaz Kata Poligami ini untuk Elak Zina

Bodoh Pula Bila Ustaz-Ustaz Kata Poligami ini untuk Elak Zina


2ndgirls.blogspot.com - Aku rasa macam bodoh pula bila ustaz-ustaz kata 'Poligami ni untk zina'. Untuk salurkan nafsu ke arah yg diredhai Allah. Ustaz-ustaz seperti ni meletakkan poligami sebagai lesen untk melampias nafsu sahaja.

ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untk ke page kami ---> IsuKakiPanas


Aku terfikir, kalau lelaki kahwin, kemudian tengok perempuan lain dan bernafsu. Atas nama Poligami, maka pergilah dia berkahwin lagi sebab nak elak zina. Kemudian, ternampak lagi perempuan lain dan bernafsu lagi serta kahwin lagi sampailah cukup kuota. Agak-agak macam mana pula selepas itu dia nak menguruskan nafsu besarnya itu?



Kenapa bila rasa bernafsu tak disalurkan saja pd isteri dia yg sah? Jadi, apa masalah dia?

Masalah dia adlh NAFSU! Jadi nak uruskan nafsu ini, Allah telah berfirman:


Katakanlah kepada orang lelaki-lelaki yg beriman, "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yg demikian itu adlh lebih suci kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yg mereka perbuat." Katakanlah kepada wanita yg beriman, "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, " (QS. an-Nur [24]: 30-31)



Itu yg utama, jaga pandangan. Allah tak suruh enkau kahwin sebab engkau bernafsu besar. Siapa ajar itu ustaz? Cukup-cukuplah memburukkan nama Islam dgn nama Poligami ini. Janganlah nak sucikan nafsu itu dgn lesen 'Sunnah'. Poligami bukan sunnah. Mana ada perkara sunnah yg Allah letakkan syarat begitu ketat untk dilaksanakan. Sunnah itu kan satu galakkan. Galakkan tak pernah wujud berserta syarat yg ketat seperti syarat poligami ini.



Semulia-mulianya perempuan yg menjaga dirinya, keluarganya, anak-anaknya, makan minium suaminya, pakaiannya, hatinya, jiwanya, akhirnya bila sampai bab poligami, mereka umpama sehelai kertas yg tak berguna. Tanpa hak, tanpa ada kata dua, tanpa pembelaan sesiapa. Sejak bila Islam mendoktrinkan hukum sunnah sebegini kejam? Aneh, kerana doktrin ni Barat telah memperlekehkan agama kita dan kita bergelak ketawa seronok.

Nabi bermonogami (kahwin satu) dgn Khadijah selama 25 tahun. Berpoligami hanya 10 tahun. Kenapa perlu highlight poligami yg 10 tahun sedangkan monogami nabi yg 25 tahun itu lebih layak dijadikan sunnah? Dangkal! Nabi tak pernah berpoligami dgn anak dara. Tidak pernah berpoligami dgn wanita-wanita cantik. Nabi berpoligami dgn janda-janda kecuali Aisyah yg nabi kahwini atas arahan Tuhan. Tetapi apa jadi dgn ustaz-ustaz yg berpoligami sekarang? Bukan main vogue isteri baru ustaz sekarang?

Oh, aku dah kira ahli neraka ke ni apabila menolak sunnah? Ini bukan aku cakap ikut nafsu macam engkau cakap poligami itu sunnah. Ini Jumhur Ulama yg bersepakat poligami itu hukumnya harus. Bukan sunnah. Okaylah, tak tahu Jumhur Ulama itu apa benda, kita tengoklah Bukhari dan Muslim ada merekodkan Rasulullah melarang kesemua pueteri baginda untk dimadukan. Habis yg ni engkau nak cakap macam mana pula?

Aku naik bosan bila duduk ceramah agama, ustaz-ustaz bergurau senda pasal poligami ini. Seronok ye ustaz? Beribu perempuan terguris dgn senda gurau ustaz yg kata 'Poligami ni sunnah. Lelaki no problem, bila-bila masa!'

Pandai kau ustaz. Dekat mana hati nurani ustaz-ustaz ni terhadap perempuan-perempuan? Berdekah-dekah ketawa menjulang 'sunnah' tanpa menghiraukan ada makhluk Tuhan yg sepatutnya dijaga sebaik-baiknya sedang terguris, terasa dan bersedih.



Islam ni agama syumul. Agama yg tak terlepas satu zarah pun perihal kehidupan. Takkanlah Islam ni terlepas pandang soal hati dan perasaan perempuan? Engkau yg bergelar ustaz pula pergi menghiris-hiris hati perempuan. Ewah ustaz? Perempuan ni ada pilihan untk redha saja ke ustaz dlm isu poligami ini? Kasihan perempuan kalau ikut ustaz ini. Engkau terluka macam mana pun, engkau cuma ada dua pilihan, redha berendam air mata / engkau menjadi ahli neraka sebab menolak sunnah.

Ustaz-ustaz, poligami bukan pesta berseronok-seronok untk lelaki, ustaz. Sudah-sudahlah ustaz semua. Pergi balik dan berimanlah dgn Sunnah Poligami engkau orang itu semua. Kejap lagi ada la yg datang menghentam aku. Ikutlah, aku doakan semoga semua engkau memadukan engkau lepas itu aku nak tengok engkau redho takat mana. - Tan Sri Khairul Hakim


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untk ke page kami ---> IsuKakiPanas

other source : http://isukakipanas.blogspot.com, http://stackoverflow.com, http://lintas.me

0 Response to "Bodoh Pula Bila Ustaz-Ustaz Kata Poligami ini untuk Elak Zina"

Post a Comment

Contact

Name

Email *

Message *