2ndgirls.blogspot.com - Soalan assalammualaikum. saya ingin tahu, apakah hukum orang berkhawin tanpa sijil khursus kahwin? tapi ia masih cukup syarat seperti wali 2saksi. ijab dan qabul. adakah ia masih sah? Jawapan Waalaikumusalam,
Hukum berkahwin tanpa sijil pra perkahwinan tetap sah.Walau bagaimanapun pd pandangan panel adlh lebih baik berkahwin dgn mengikuti kursus pra perkahwinan.Ini kerana terdapat banyak manfaat tentang peranan suami isteri dari aspek keugamaan yg merangkumi akidah, syariah dan akhlak, termasuk jg sistem mengurus kewangan keluarga, hukum hakam berkaitan perkahwinan dan hal-hal yg berkaitan dgn kesihatan keluarga dan pasangan.
Selaras dgn ini, melalui kursus ini, amat bermakna kepada mana-mana pasangan, yg pernah mengikuti kursus ni mereka telah ada persediaan, dari segi mental, spritual termasuk info berkaitan dgn ilmu perkahwinan, ilmu, sistem kewangan, kesihatan berbanding dgn pasangan yg tak pernah mengikuti kursus pra perkahwinan.Di samping itu ia jg dpt mengurangkan berlakunya masalah rumahtangga yg mengakibatkan perceraian.Wallahui a'lam.
other source : http://kompas.com, http://dailymotion.com, http://insafislam.blogspot.com
0 Response to "Hukum Khawin Tanpa Sijil Kursus Kahwin - Kahwin"
Post a Comment