2ndgirls.blogspot.com - Mandi wajib merupakan perkataan yg mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yg tak sah mandi wajibnya kerana tak melakukannya dgn betul.
Untuk melakukan mandi wajib yg betul, seseorang itu tak boleh melakukannya dgn hanya mandi secara berdiri / duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dlm kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yg zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yg tak mengetahui perkara ini.
"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tak sah kerana tak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir. Apabila mandi wajib tak sah, ibadat yg dilakukan oleh seseorang itu jg turut tak sah. Itulah akibatnya jika tak melakukan mandi wajib dgn betul, " tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.
Mandi wajib yg jg sebagai mandi junub / janabah tak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yg mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tak mandi wajib seseorang itu tak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir.
Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala." Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."
Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yg habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yg habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".
Niat itu jika dilambatkan / ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu jg tak sah. Oleh itu mandi wajibnya tak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yg ada pd badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dgn mandi wajib. Ertinya membasuh najis dgn mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yg zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yg ada di badan, sama ada bulu2 yg jarang / lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang / disanggul, sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang / sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dlm lubang hidung pula, tak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dlm hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dlm kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dlm kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yg merumitnya.
Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dgn pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tak sah. Oleh itu, seseorang yg mewarnakan rambutnya dgn pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pd rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yg rumitnya. Sedangkan pewarna pd rambut itu sebenarnya tak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yg menggunakan pewarna pd rambutnya tak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yg menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dgn inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dlm hal ini, jangan pula ada yg salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ni juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yg telah saya nyatakan ni adlh merupakan perbezaan sah / tak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yg lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dgn menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yg bersetubuh pula, mereka tak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pd waktu malam, jika tak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adlh sunat, manakala tak berwuduk sebelum tidur adlh makruh.
other source : http://tempo.co, http://8kabar.blogspot.com, http://youtube.com
0 Response to "MASYA' ALLAH !!! TErnyata Masih Banyak Yang Salah Cara Mandi Wajib... Ini Mandi Wajib Yang Benar - Kesehatan"
Post a Comment