2ndgirls.blogspot.com - Allah Kasih Pada Orang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 195:
Dan belanjakanlah (apa yg ada pd kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dlm bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yg berusaha memperbaiki amalannya.
Allah Akan Sentiasa Membalas Kebaikan Kepada Orang Yang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 215:
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yg akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yg kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan
kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yg terlantar dlm perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yg kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dgn sebaik-baiknya).
Allah Melipat Gandakan Ganjaran Kepada Orang Yang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 245:
Siapakah orangnya yg (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yg baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dgn berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
Baca jg Manfaat Shalat Dhuha
Sedekah Jadi Peneman Di Hari Akhirat, Al-Baqarah, Ayat 254:
Wahai orang-orang yg beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yg telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yg tak ada jual-beli padanya, dan tak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yg zalim.
Allah Melipat Gandakan Ganjaran Kepada Orang Yang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 261:
Bandingan (derma) orang-orang yg membelanjakan hartanya pd jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yg tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yg dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Allah Janjikan Pahala Kepada Orang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 262:
Orang-orang yg membelanjakan hartanya pd jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tak mengiringi apa yg mereka belanjakan itu dgn perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tak pula menyinggung / menyakiti (pihak yg diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yg tak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tak akan berdukacita.
Sedekahlah Dengan Penuh Beradab, Al-Baqarah, Ayat 263:
(Menolak peminta-peminta sedekah) dgn perkataan yg baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adlh lebih baik daripada sedekah (pemberian) yg diiringi (dengan perbuatan / perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.
Larangan Mengungkit-Ungkit Apa Yang Disedekahkan, Ayat 264:
Wahai orang-orang yg beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dgn perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yg membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yg ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah jg halnya orang-orang yg kafir dan riak itu) mereka tak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yg mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tak akan memberi petunjuk kepada kaum yg kafir.
Allah Merahmati Orang Yang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 265:
Dan bandingan orang-orang yg membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yg timbul dari jiwa mereka, adlh seperti sebuah kebun di tempat yg tinggi, yg ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yg kamu lakukan.
Betapa Ruginya Orang Yang Berharta Tapi Tidak Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 266:
Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yg mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia jg mempunyai dlm kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yg masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yg membawa api sehingga terbakarlah ia ? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar).
Sedekahlah Dari Apa Yang Terbaik, Al-Baqarah, Ayat 267:
Wahai orang-orang yg beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yg baik-baik, dan sebahagian dari apa yg Kami keluarkan dari bumi untk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yg buruk daripadanya (lalu kamu dermakan / kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tak sekali-kali akan mengambil yg buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dgn memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
Syaitan Sentiasa Menghasut Supaya Manusia Tidak Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 268:
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dgn kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah / menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yg keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
Sedekah Dibolehkan Secara Terang Atau Sembunyi, Al-Baqarah, Ayat 271:
Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yg demikian adlh baik (kerana menjadi contoh yg baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adlh baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yg kamu lakukan.
Sedekah Dijanjikan Balasan Baik, Al-Baqarah, Ayat 272:
Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yg memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yg dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan apa jua harta yg halal yg kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adlh untk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yg kamu dermakan dari harta yg halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tak dikurangkan.
Sedekahlah Walaupun Orang Miskin Tidak Meminta-Minta, Al-Baqarah, Ayat 273:
(Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yg telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat / berjuang) pd jalan Allah (membela Islam), yg tak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yg tak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dgn (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tak meminta kepada orang ramai dgn mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yg kamu belanjakan dari harta yg halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.
Ganjaran Sedekah Walau Dilakukan Secara Terang Atau Sembunyi, Al-Baqarah, Ayat 274:
Orang-orang yg membelanjakan (mendermakan) hartanya pd waktu malam dan siang, dgn cara sulit / terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yg tak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tak akan berdukacita.
Harta Orang Bersedekah Sentiasa Diberkati, Al-Baqarah, Ayat 276:
Allah susutkan (kebaikan harta yg dijalankan dgn mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yg dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tak suka kepada tiap-tiap orang yg kekal terus dlm kekufuran, dan selalu melakukan dosa.
Alangkah Besar Pahala Bersedekah Kepada Orang Yang Berhutang, Al-Baqarah, Ayat 280:
Dan jika orang yg berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adlh lebih baik untk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yg besar yg kamu akan dapati kelak).
Penting Bersedekah Kepada Kaum Kerabat, An-Nisaa’, Ayat 8:
Dan apabila kerabat (yang tak berhak mendapat pusaka), dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya, dan berkatalah kepada mereka dgn kata-kata yg baik.
Tiada Kerugian Pada Orang Yang Bersedekah, An-Nisaa’, Ayat 39:
Dan apakah (kerugian) yg akan menimpa mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari apa yg telah dikurniakan Allah kepada mereka? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengetahui akan keadaan mereka.
Pahala Untuk Orang Yang Menyuruh Bersedekah, An-Nisaa’, Ayat 114:
Tidak ada kebaikan pd kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yg menyuruh bersedekah, / berbuat kebaikan, / mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yg berbuat demikian dgn maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yg amat besar.
Kesempurnaan Amalan Apabila Bersedekah Sesuatu Yang Kita Sayangi, Ali-Imran, Ayat 92:
Kamu tak sekali-kali akan dpt mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yg kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yg kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

0 Response to "[Haji] Balasan Sedekah Dalam Ayat - Ayat Al-Quran"
Post a Comment