Video : Pencuri Motosikal Dipaksa Berjalan Itik Ke Balai Polis | TUMPAT, KELANTAN. - Seorang remaja dipaksa berjalan itik ke balai polis lebih dari sejam selepas dia terkantoi mencuri sebuah motosikal di Kampung Palekbang di Tumpat pd 2 November.
Remaja berkenaan yg berusia 18 tahun telah dicekup oleh penduduk kampung kira-kira pd jam 6 pagi. Menurut sumber, pemilik kenderaan menyedari kejadian setelah terdengar bunyi rantai ditarik dgn kuat dari motosikal.
Kedua-dua lelaki berkenaan dilihat memegang alat pemotong keluli ketika dilihat melakukan kejadian.
“Suspek yg terkejut segera melarikan diri dgn menaiki sebuah kereta yg diletakkan di tepi jalan namun gagal menghidupkan enjin kenderaan tersebut. Mereka kemudian nekad meninggalkan kenderaan tersebut dan cuba melarikan diri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ni memetik dari berita utusan.
Tetapi dgn bantuan penduduk kampung, salah seorang remaja berkenaan telah berjaya ditangkap dan disuruh berjalan itik dgn tangan terikat ke Balai Polis Palekbang pd jam 7.20 pagi.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Zaharudin Rasip mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian dan sedang menjalankan siasatan lanjut. - Siakapkeli
0 Response to "VIDEO : PENCURI MOTOSIKAL DIPAKSA BERJALAN ITIK KE BALAI POLIS"
Post a Comment