This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

Petanda Isteri Curang Kepada Suami...#2 Petanda yang Paling Popular

2ndgirls.blogspot.com - Curang adlh perbuatan zalim dan menganiaya perasaan orang sekeliling.Bukan sahaja kepada suami, anak-anak malah kepada orang tua kita.Perbuatan curang yg ringan-ringan ialah menempatkan orang lain selain suami ke dlm hati isteri.

ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untk ke page kami ---> IsuKakiPanas



Petanda Isteri Curang Kepada Suami...#2 Petanda yang Paling Popular




Sebaliknya curang tahap maksima ketika mana isteri sudah bersedudukan dgn lelaki lain.Dosa z!n@ memang dosa besar.Tapi dosa isteri kepada suami ialah menzalimi kepercayaan, amanah dan cinta seorang suami.Ingat menzalimi orang lain menyebab doa orang teraniaya terbuka hijab.

Maksudnya doa mudah dimakhbul di dunia ni juga.Biasanya doa orang yg teraniaya jarang-jarang bernada positif.Selebihnya menjurus kepada sumpah seranah dan ingin bala ke atas orang yg menzalimi mereka.Naubizillah min zalik.

Kita tinggalkan perkara ni dulu.Mari kita lihat petanda isteri telah curang dgn suami:


1.Layanan semakin kurang
Para isteri yg mencintai suami akan memberi kasih sayang 100 peratus.Mereka taat dan akur dgn kehendaknya suami baik dari perkara kecil hingga ke perkara besar.Isteri setia akan memberi layanan kelas pertama untk suami yg mereka cintai.
Sebaliknya isteri yg telah curang sudah tentu meletakkan kepentingan suami dibawah sekali.Mereka akan mencipta alasan munasabah untk tak melayan suami.Misalnya anak kecil diutamakan manakala suami dikemudiankan
Bak kata orang Asajaya (Sarawak), ‘ado malam’ telah ditiadakan dlm kamus suami isteri.Nak tahu maksud ‘ado malam’ kita buka gelanggang komen nanti..he..he.. Jika para suami diluar sana sudah terlihat petanda yg pertama ni maka sediakan duit untk mengupah penyiasat persendirian la ye.


2.Obses dgn media sosial
Zaman dulu cabaran tak sehebat sekarang.Cinta orang dulu tetap kekal kepada orang yg berada diseliling mereka.Malah isteri yg sering ditinggalkan berbulan-bulan pun masih utuh cinta mereka kepada suami.Pada masa itu media sosial belum wujud.
Apa yg berlaku sekarang sudah berubah.Sebelum tidur pun boleh tengok Whatsapp / Facebook.Begitu jg selepas bangun tidur.Muka suami yg handsome tak dihiraukan lagi.Lebih seronok tengok muka avatar kawan-kawan / kekasih hati dlm media sosial.
Wahai para suami diluar sana jangan biarkan fenomena negatif ni terus menghantui hidup kalian.Para isteri yg baik mesti mengutamakan suami dan bukannya media sosial.
Apa yg lebih parahnya ada para isteri yg seolah-olah menyembunyikan sesuatu dari suami perkara yg mereka kongsikan dlm media sosial.Kalau benda yg baik mengapa takut untk diketahui oleh suami mereka.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untk ke page kami ---> IsuKakiPanas


3.Tabiat berubah 100 peratus

Sebagai seorang suami tentunya sedikit sebanyak memahami tabiat isteri.Jika dulunya suka merajuk dan kini tabiatnya lebih ‘cool’ maka ada sesuatu yg telah mengubah perasaan dan jiwanya.Mereka telah berada dlm dimensi lain yg lebih bagus dari sebelum ini.
Bukan itu sahaja.Ada jg para isteri yg dulunya suka memerap dekat rumah tetapi kini aktif dgn aktiviti luar rumah seperti bersukan, shopping / jalan-jalan.Bagi mereka rumah tempat yg tak seronok dan mengongkong hidup mereka.
II berharap jika ada suami masih naif tentang perkara ni tolong sedar dari mimpi 60-an.Para isteri yg baik sentiasa mahu berada di samping suami mereka.Tidak akan timbul perasaan bosan kerana sudah lumrah suami isteri mesti bersama sama ada duka / suka.


4.Tak solat wajib 5 waktu
Ukuran mudah nak menilai bagus / tak seseorang muslim ialah dgn solat.Adakah sesorang itu cukup bagus jika solat yg wajib sengnaja ditinggalkan.Orang yg berani engkar dgn perintah Allah SWT lagi mudah untk engkar dgn suami.Mereka tak takut berbuat dosa kerana m@ks!at lebih nikmat berbanding beribadah kepada Allah.
Ciri-ciri ni sangat kukuh.Jika dulunya isteri kalian boleh solat 5 waktu tetapi kini memandang sepi kepentingan solat.Maksudnya hati mereka lebih cenderung berbuat m@ks!at.Pengaruh jahat lebih kuat.Jadi berhati-hati dgn situasi ini.
Kebiasaannya suami yg tak solat sesuai untk isteri yg tak solat juga.Jika situasi ni berlaku maka kedua-dua boleh didakwa curang.Opss.gurau sahaja.


5.Membesarkan kelemahan suami
Jika awal perkahwinan semuanya berjalan lancar.Tapi setelah sekian lama berkahwin ada sahaja yg tak kena pd isteri.Mereka cuba membesarkan kelemahan suami agar perasaan cinta suami boleh berubah.Tujuannya supaya isteri boleh bebas melakukan apa yg mereka ingini dgn teman baru.
Sekiranya suami mempunyai pendapatan rendah maka inilah masa paling sesuai untk mengatakan suami kurang bertanggungjawab, tak mampu dan serba serbi tak negatif buat isteri.
Lebih tragis jg kalau si suami didakwa boleh abaikan isteri.Lupakan perkahwinan yg sedia ada supaya ada kehidupan yg lebih baik selepas itu.Dakwaan begini boleh memberi petanda bahawa isteri sudah curang.Pendek kata sudah ada orang lain sebagai pengganti.

ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untk ke page kami ---> IsuKakiPanas



Saranan solusi kepada para suami dlm menghadapi isteri curang dpt II ringkas dlm point-point penting dibawah ini:


1.Bawa bertenang
Masalah akan lebih mudah selesai jika fikiran tenang.Pada masa itu pemikiran mudah untk diurus dan mencari jalan penyelesaian.


2.Bincang secara baik
Tak guna gaduh-gaduh.Perkara sudah pun berlaku.Bagi nasihat dan pandangan yg positif kepada isteri.Jika pilihan mereka memihak kepada kecurangan maka redha dan maafkan demi kebahagiaan semua pihak


3.Jumpa kaunselor perkahwinan
Langkah terbaik ialah meminta nasihat dari orang pakar.Kaunselor perkahwnian ada pengalaman dan kepakaran dlm merumus penyelesaian dlm kemelut yg dihadapi.Jangan malu kerana malu tak bertempat mengundang padah kepada masa depan perkahwinan itu sendiri.


4.Solat taubat dan hajat
Sebagai orang Islam ni adlh kaedah paling ampuh.Minta tolong kepada Allah SWT kerana Dia sahaja yg Maha Bijaksana untk membantu kita.Buatlah solat taubat / hajat tiap malam.Doa banyak-banyak dan menangis serta merintih atas sejadah.Suara suami yg teraniaya amat dirindui oleh Allah SWT.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untk ke page kami ---> IsuKakiPanas

other source : http://isukakipanas.blogspot.com, http://slideshare.net, http://viva.co.id

0 Response to "Petanda Isteri Curang Kepada Suami...#2 Petanda yang Paling Popular"

Post a Comment

Contact

Name

Email *

Message *