2ndgirls.blogspot.com - Siapa kata saya kuat saya tak kecewa? Hati bagaikan dirampas. Saya bekerja sama gagah keringat lelaki, terabai diri sendiri. Saya buat permasangan aircond dan wiring. Saya turun bekerja sekali bukannya bos goyang kaki. Boleh rasa tak apa yg saya rasa? Saya berdiri di depan cermin dan tengok diri saya. Kulit penuh lebam-lebam, tangan banyak luka-luka kecil, badan kurus kering terasa kasar kulit tangan.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untk ke page kami ---> IsuKakiPanas
Masa itu, saya terduduk menangis sekuat-kuat hati. Kejamnya seorang suami, terlalu kejam! Pengorbanan saya dibalas dgn kecurangan. Saya diam bila hak-hak saya dan anak terabai. Sebaliknya saya pula menghulur duit poket untk dia. Ya, kecewa itu perlu, menangis itu jg perlu untk melepaskan segala apa yg ada di dlm hati. Tetapi kecewa tak perlu berpanjangan, cukulah sekadar seminggu menangis, meraung dan meratap selebihnya. Belajar redha, berhenti bertanya kenapa, mengapa dan kalaulah. Ubah kepada;
"Ya Allah, ni ketentuan dariMu. PerancanganMu lebih baik. Engkau lebih mengetahui, memberi aku kesabaran untk berjalan di tiap dugaanMu. Tersenyumlah semua akan menjadi indah suatu masa nanti, "
Saya dan dia jauh berbeza. Saya tak sosial tetapi dia bergaul tanpa batas. Saya dulu tak bertudung. Saya pun seksi jg tetapi sampai bila saya nak terus tersesat?
Ingat lagi Mei 2014, saya beritahu dia yg saya nak bertudung. Saya tanya dia dan dia jawab okay. Saya tahu dia tak ikhlas sebab dia suka yg seksi, hot dan bergaya. Tetapi saya teruskan niat saya. Umur semakin meningkat, anak semakin membesar dan saya perlu berubah. Di tiap doa, saya memohon jika dia bukan yg terbaik untk agamaku, masa depanku dan anak-anakku, Engkau jauhkanlah dia dari hidupku.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untk ke page kami ---> IsuKakiPanas
Ye, Allah mendengar, Allah lebih tahu apa yg terbaik usaat hati kecil ni betul-betul ingin berubah kepada kebaikan. Orang kata, lelaki baik untk perempuan yg baik dan begitulah sebaliknya juga. Allah jauhkan yg tak baik dari hidup saya. Sebab itu saya terima semua ketentuan ini. Saya boleh saja bersabar dan menerima dia tetapi saya tak mampu membimbing dia untk berubah kepada yg lebih baik. Setiap kali hati menjadi lembut, Allah tunjukkan lagi apa yg dia buat seperti Allah tak mahu saya tersilap membuat keputusan. InshaAllah ni yg lebih baik.
Peluang, beribu kali sudah diberi tetapi berubah hanya untk empat bulan. Tipu kalau kata saya tak sayangkan dia. 8 tahun saya terima semua keburukan dia, dari mula kahwin sampai ke hari ni tak terkira curangnya. Tidak terkira perempuannya dan tak terkira di tangan dan di kakinya kalau orang lain mungkin sudah lama angkat kaki. Tetapi saya memilih untk terus memberikan peluang sampai ke tahap saya sudah tak boleh terus berlembut. Kalau saya tak menolong diri saya keluar dari masalah ini, siapa lagi yg akan menolong saya?
Keluarga. Kalau ada ahli keluarga yg dlm dilema, berilah dorongan dan jangan dihina / dikeji. Itulah kekuatan yg ada nasihat untk kebaikan. Keluarga saya tak pernah jemu memberikan kasih sayang dan dorongan yg menjadikan saya lebih tabah dan kuat.
Untuk isteri-isteri, jika ada masalah, cubalah bangun tahajud. Renung mana yg salah sendiri, muhasabah diri, akan terjumpalah jawapan dan kesilapannya. Saya memang sudah tak percayakan dia lagi. Saya garang, garang kerana selalu diperbodohkan dan saya banyak marah kerana mahu dia menjadi lebih baik serta tinggalkan yg tak baik.
Yang baik ambil untk dijadikan sebagai pengajaran. Kalau ada yg tak baik, maafkan saya. Saya manusia biasa bukan nak mengaibkan sesiapa. Tetapi sharing is caring, pengalaman mematangkan isteri. Bertabahlah, bersabarlah jika hak-hak kamu diseleweng dan untk perampas, keep calm dan don't give up + keep it up. Kirafah dosa itu pasti. Saya sudah merasa, pasti kamu jg akan merasa melainkan dia betul-betul insaf. Bukan insaf mainan di mulutnya sahaja. Saya lebih mengenalinya baik dan buruk. - Nelli
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untk ke page kami ---> IsuKakiPanas
other source : http://docstoc.com, http://isukakipanas.blogspot.com, http://fb.com
0 Response to "'8 Tahun, Kesetiaan Saya Dibalas dengan Kecurangan'"
Post a Comment