This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

Wanita Temui Pen Pengintip Aksi Sedang Mandi Dalam Tandas

Wanita Temui Pen Pengintip Aksi Sedang Mandi Dalam Tandas
Wanita Temui Pen Pengintip Aksi Sedang Mandi Dalam Tandas | Dua orang wanita terkejut apabila mendapati salah seorang daripada rakan kolej lelaki mereka yg dikenali selama enam tahun telah merakamkan aksi mereka sedang mandi secara tersembunyi.
Insiden tersebut terbongkar selepas seorang daripada wanita tersebut menemui sebatang pen yg merupakan kamera pengintip diletakkan di bilik mandi rumah milik lelaki berkenaan di Sibu, Sarawak.
Wanita yg hanya mahu dikenali sebagai Tan dan Fong yg masing-masing berusia 24 tahun memberitahu insiden tersebut berlaku ketika mereka sedang bercuti di rumah lelaki berkenaan tahun lalu.
Tan berkata dia menjumpai sebatang pen hitam yg diletakkan dlm bekas berus gigi di tepi tingkap pd 28 Disember lalu.
“Saya sedang mandi, menggunakan air pancuran apabila tiba-tiba saya ternampak pen berkenaan. Saya fikir agak pelik mengapa pen tersebut berada dlm bilik mandi.
“Apabila saya membuka pen berkenaan saya mendapati terdapat kad sim mikro di dalamnya!,” katanya sambil menambah dia turut melihat terdapat lensa kecil dibahagian klip pen berkenaan.
Dia kemudiannya, memberitahu perkara tersebut kepada Fong, dan mereka turut menemui rakaman video aksi dia sedang mandi dlm kad memori kamera pengintip tersebut.
Salah seorang daripada wanita itu kemudiannya bersemuka dgn suspek selepas suspek bertanya apa yg berlaku kepada pen miliknya.
“Salah seorang daripada rakan saya, menumbuknya dan suspek hanya, memohon maaf atas apa yg berlaku. Kemudiannya kami menemui, peranti storan (storage device) dlm begnya. Dalam peranti tersebut terdapat lima rakaman video yg merakamkan aksi lima orang rakan mereka sedang mandi.
“Video tersebut dirakamkan beberapa tahun lalu ketika kami tinggal di asrama,” kata Fong di Pejabat Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini.
Ketua jabatan berkenaan, Datuk Seri Michael Chong berkata beliau menerima tiga aduan yg sama melibatkan rakaman wanita sedang mandi dgn kamera pengintip yg diletakkan di bilik mandi.
“Wanita perlu lebih berhati-hati dan melihat kepada benda-benda yg mencurigakan seperti penyangkut baju, pen dan key chain. Saya mencadangkan agar wanita membeli pengesan infra merah untuk mengesan kamera tersembunyi kerana ia hanya berharga sekitar RM60,” kata Chong.
Tan dan Fong sedang mengumpulkan maklumat dan mungkin akan mengambil tindakan undang-undang termasuk memfailkan saman selepas mereka membuat laporan polis dlm masa terdekat.
-mStar

0 Response to "Wanita Temui Pen Pengintip Aksi Sedang Mandi Dalam Tandas"

Post a Comment

Contact

Name

Email *

Message *